SedeKah Amalan MuliA (KliCK la OK)

peNgIkoT aQ

planat nibiru rekaan semata-mata...

planet nibiru.. hummm
adakah planet ini betul2 wujud???
tetapi mengikut perspektif saya ini semua PROPAGANDA pihak yg ingin menghancurkan
kepercayaan umat manusia kepada agama... terutamanya umat islam.
kepercyaan kiamat berlaku pada 2012 kerana pelanggaran plant ini dengan bumi...
KARUT... ini lah perkataan yg sesuai di gambarkan kepada isu ini....
hari kiamat tiada siapa yang mengetahuinya kecuali yang MAHA ESA....
janganlah terperdaya dan terlalu percaya kepada cerita dongeng ini......



Perlanggaran Nibiru atau tabrakan Nibiru merupakan pertemuan Bumi dengan objek planet besar (sama ada perlanggaran ataupun hampir-hampir berlanggar) yang dipercayai sesetengah pihak akan terjadi pada awal abad ke-21. Penganut peristiwa ini menyebut objek yang mendekati Bumi itu sebagai Planet X atau Nibiru.
Idea ini pertama kali diusulkan oleh Nancy Lieder tahun 1995. Lieder menyatakan dapat menerima pesanan dari makhluk ruang angkasa dari sistem Zeta Reticuli. Ia memperingati manusia bahawa benda tersebut akan melewati Sistem Suria pada Mei 2003 (kemudiannya diubah menjadi 2010), menyebabkan pergeseran kutub bumi yang akan menghancurkan peradaban umat manusia. Ramalan perlanggaran ini menyebar di luar laman sesawang Lieder ZetaTalk, dan dipercaya oleh kumpulan-kumpulan yang menghubungkan perlanggaran Nibiru dengan ramalan kiamat 2012. Walaupun nama "Nibiru" berasal dari karya Zecharia Sitchin mengenai astronaut kuno, Sitchin sendiri membantah hubungan antara karyanya dengan bencana yang akan datang.
Usul bahawa objek sebesar planet akan melanggar Bumi pada masa depan tidak didukung oleh bukti ilmiah dan dianggap sebagai pseudosains. Namun, ketakutan akan perlanggaran Nibiru menyebabkan kerisauan pada penduduk awam.

0 Responses to “planat nibiru rekaan semata-mata...”:

Leave a comment