SedeKah Amalan MuliA (KliCK la OK)

peNgIkoT aQ

Zeti Aziz diumum Tokoh Maal Hijrah... layak ke tidak??????

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini dipilih sebagai penerima tokoh Maal Hijrah 1432H  sempena sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan.
Zeti, 63, merupakan penerima Tokoh Maal Hijrah wanita pertama negara selepas 24 tahun ia dianjurkan.
Beliau menerima hadiah wang tunai RM100,000, pingat, plak dan sijil penghargaan.
Zeti dianggap sebagai penerima dua zaman kerana bapanya, tokoh akademik Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid pernah menerima anugerah itu 11 tahun lalu.
Bercakap kepada pemberita selepas penganugerahan itu, beliau berkata ia adalah penghormatan terbesar yang tidak pernah disangka.
“Saya sangat berterima kasih dan ini juga sebagai dorongan dan inspirasi untuk saya terus berusaha,” kata pemegang Sarjana dan ijazah kedoktoran Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa dari University of Pennsylvania itu.
Selain menerima pelbagai anugerah dalam negara beliau turut menerima pengiktirafan dari luar apabila dipilih menganggotai Suruhanjaya Pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mencadangkan hala tuju sistem kewangan dunia serta mempengerusikan jawatankuasa kerja usahasama serantau bagi merangka pelan induk kerjasama kewangan antara bank-bank pusat.


ps: layak ke x???? e2 penilaian anda sendiri.. x nk komen lebeh2 plk... kang aq kena saman kang hahahahha..
    

0 Responses to “Zeti Aziz diumum Tokoh Maal Hijrah... layak ke tidak??????”:

Leave a comment